Songkhla? Kat mana tu? Haaa..Songkhla ni kat Selatan Thailand uols..Songkhla ni merupakan bandar yang lebih kecil daripada bandar Hat Yai. Rugi kalau korang pergi melancong ke bandar Hat Yai tapi tak lajak pergi ke bandar Songkhla sekali. Sobssss~
Mesti korang tertanya-tanya apa yang menarik kat Songkhla ni kan? Haa..meh Admin nak story sikit apa yang best kat Songkhla ni. Sebenarnya banyak je tempat menarik. Tapi Admin bagi tiga je la tempat yang wajib korang pergi kalau ke bandar Songkhla ni. Senang cerita kita belanja gambar sekali caption ye untuk mudah bagi korang imagine. Haha.
Bagi korang yang kaki berswafoto bagai, korang wajib pergi ke "Street Art" di Songkhla ni. Ala..yang macam kat Ipoh atau Penang Street Art tu.. Gila cantik menarik tertarik gambar-gambar korang nanti. Boleh la buat koleksi Album khas untuk "Street Art". Gituhh!
Samila Beach merupakan tempat di mana korang boleh bergambar dengan "Tugu Ikan Duyung" yang duduk atas batu tu haa..rare kot..pantai dia pun cantik je. Dah lepas ambil gambar tu boleh la jalan-jalan sekitar pantai tu sebab ada banyak gerai jual cenderamata yang boleh kata murah jugak la harganya.
Tang Kuan Hill merupakan tempat wajib korang pergi untuk tengok view dari atas. Amboi baca je "Hill" terus takut kalau kena mendaki kan? Haha.. Jangan risau..tak perlu penat-penat mendaki. Korang boleh naik ke atas tu guna lif je. Haa..senang dan cepat! So dapat la menikmati Songkhla dengan view yang awesome dari atas bukit tu tanpa keluar peluh. Hihi.
Haa..camne? Best kan Songkhla? Kalau korang nak pergi Hat Yai+Songkhla, book je Pakej Budget/Medium/Premium dengan kami. InsyaAllah pasti korang happy! ;)
Truly,
8Scape Travel Services
"We Plan, You Pack"
0 Comments
Jika ada soalan atau sebarang kekeliruan berkaitan artikel mahupun pakej, sudi-sudilah tinggalkan komen di bawah ye! Terima kasih! ;)