Pengalaman Deal Pakej Percutian Budget ke Padang - Bukittinggi

by - Saturday, September 22, 2018

Assalamualaikum..Hai korang!! Sihat tak tu?? Admin doakan korang yang baca blog post ni sihat sentiasa hendaknya. Amin.

Hari ni Admin nak share story sikit dengan korang. Tengah lepak-lepak dalam bilik Hotel (masa tu Admin tengah bercuti) sambil layan WhatsApp dengan customer yang request quotation, tetiba masuk satu WhatsApp dari satu nombor yang tidak dikenali pada jam 12:03pm. Beliau ni bertanyakan Pakej Padang untuk 5H4M. Dia nak private trip untuk 5 orang. Terkejut Admin baca. Terkejut la sebab biasanya pakej 3H2M atau 4H3M. Hihi. Then Admin pun cakap kat dia, kejap lagi saya bagi details ye. 😊

So Admin pun buat la jap quotation baru untuk 5H4M punya. 1 jam jugak la baru siap. Tu kira kejap la tu sebab tak banyak quotation lain yang bersusun masa tu. Fuhh. So bila Admin bagi je full details harga pakej sekali itinerary dan gambar bilik kat dia, lepas habis sesi soal-jawab dengan Admin dan dia pun dah discuss dengan kawan-kawannya, jam 3:36pm pada hari yang sama, dia dah bank in deposit tanda setuju nak ambil pakej tu dengan Admin. Ya Allah..Syukur Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan Admin untuk deal dengan customer hari itu.

Kalau korang yang tengah baca blog post ni ada yang nak pergi Padang dengan Pakej Budget, sila WhatsApp Admin ya. Pakej Budget ni memang korang takkan dapat kat luar sana taw. Tak percaya boleh usha. Sebab tu customer terus book pakej dengan kami sebab kami sahaja yang bagi harga budget macam tu. Jadi duit yang lebih-lebih tu korang boleh simpan untuk beli kain sulam yang cantik-cantik kat sana. 😆

Admin cuba bagi servis yang terbaik untuk setiap customer Admin. Kalau ada yang tak puas hati boleh bagitahu Admin secara direct. Tapi setakat ni Alhamdulillah sangat-sangat, semua customer Admin berpuas hati dengan servis yang Admin provide. Tiada seorang pun yang complaint. 😍

Okay sebelum Admin mengakhiri blog post ini, Admin akan share 5 gambar yang customer akan dibawa bila mereka ke Padang - Bukittinggi nanti. Jemput tengok ya. Sebenarnya banyakkkk lagi tempat menarik kat Padang - Bukittinggi ni..tapi jenuh ler nak upload satu2..hahaha..so Admin share 5 je taw! 😆

Air Terjun Lembah Anai

Tasik Maninjau

Lobang Jepang

Istana Pagaruyung

Batu Malin Kundang

Terima kasih korang yang sudi baca blog post yang panjang lebar ni.

Truly,
8Scape Travel Services
"We Plan, You Pack"

You May Also Like

0 Comments

Jika ada soalan atau sebarang kekeliruan berkaitan artikel mahupun pakej, sudi-sudilah tinggalkan komen di bawah ye! Terima kasih! ;)