Apa yang ada kat Bandung?? Kalau nak diceritakan kat blog ni jenuh jugak la nak menaip. Haha! Sebab..banyakkkkk gila aktiviti best yang kita boleh buat kat sana taw! Memang sesuai sangat pergi bercuti bersama keluarga ke Bandung. Lagi-lagi kalau bawak mak kita. Memang suka la mak kita dapat shopping kain dan telekung. Selain kain dan telekung, macam-macam lagi barang boleh shopping kat sana. Tempat-tempat cantik untuk bergambar pun banyak. Jom Admin kongsikan di bawah ye. ;)
Sebaik sahaja driver jemput korang kat Airport, korang akan terus ke Pasar Baru. Kat sini memang tempat shopping paling famous la kat Bandung. Macam-macam ada jual kat sini. Kain sulam, lace, telekung, bag, kasut, fridge magnet, jeans, semua ada la! Yang penting masa beli tu korang boleh tawar-menawar dengan penjual. ;)
Lepas dah penat shopping kat Pasar Baru tu, kita singgah makan kat Kedai Kemangi yang berada di Medan Selera Pasar Baru tingkat atas. Biasanya memang Admin order Ikan Goreng Gurame ni haa..sedap rangup je makan..hihi..Ayam Penyet Jerebu pun famous kat situ..so boleh try order menu tu nanti okay.
Lepas tu korang boleh sakan cari seluar jeans kat Toko Tiga ni sebab Toko Tiga ni merupakan pusat yang menjual jeans yang original taw! Kalau korang nak buat bisnes jual seluar jeans original pun boleh..beli je dari sini. Haha!
Korang juga akan dibawa ke Factory Outlet (FO) Jalan Riau. Kat sini macam-macam FO korang akan jumpa. Heritage, The Summit, The Secret, Oasis, Terminal Tas. Kat Terminal Tas ni ada jual luggage jugak kat tingkat atas tu. Kat sini jugak la Admin beli luggage sebab luggage yang sedia ada dah tak muat nak sumbat barang-barang shopping untuk bawak balik KL keesokan harinya. Kahkahkah!
Selain shopping di Jalan Riau, korang juga berpeluang untuk shopping di Jalan Setiabudi dan Jalan Cihampelas. Cuma larat tak larat je la korang nak jalan. Admin akui Admin tak larat shopping kat Bandung ni haa..banyak sangat tempat shoppingnya..banyak jugak la duit habisnya pun adoii..haha!
Balik daripada dinner, korang akan dibawa melalui Jalan Asia Afrika. Kat sepanjang jalan tu korang boleh tengok pelbagai kostum hantu jalanan dan juga pelbagai kostum watak Marvel seperti Iron Man dan pelbagai character lagi. Syok la dapat bergambar. Hihi.
Berminat nak jalan-jalan ke Bandung dengan budget rendah?
WhatsApp 0102665956
Truly,
8scape Travel Services
"We Plan, You Pack"
0 Comments
Jika ada soalan atau sebarang kekeliruan berkaitan artikel mahupun pakej, sudi-sudilah tinggalkan komen di bawah ye! Terima kasih! ;)