Percutian Best ke Bandung Selama 4 Hari 3 Malam (DAY 2)

by - Wednesday, November 14, 2018

Day 2..sambungan dari Day 1
Hari kedua ni kita akan pergi ke Ciwidey Tour iaitu kawasan Gunung Berapi. First trip kita akan pergi ke Gunung Berapi Kawah Putih. Kat sini korang tangkap la gambar puas-puas. Sebabnya cantik sangat-sangat view dia. Tengok gambar Admin kat dalam blog ni. Ha tu kat Kawah Putih la tu. Kikiki.

Lepas tu kita akan pergi ke Glamping Lakeside. Kat situ ada sebuah kapal besar ala-ala Titanic gittew di tepi tasik dan di dalam ladang teh. Ha camne tuh? Boleh bayangkan tak? Haha! Boleh la try minum teh kat situ. Lepak-lepak sambil tengok pemandangan dari atas kapal tu kan. Cewahhh.

Lunch kita singgah makan di Rumah Makan Saung Andir. Macam-macam menu ada. Pilih je nak makan ape haa..

Lepas tu kita jalan-jalan shopping pulak ke Jalan Cibaduyut. Kat sini korang boleh usha pelbagai barangan kulit seperti kasut, beg tangan, beg sandang, dompet, jaket, dan macam-macam lagi. Kat sini jugak Admin beli buah salak yang manis dan murah. Kalau korang jumpa pakcik yang jual buah salak tu, beli la sebungkus dua. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain juga. Gittew.

Seterusnya makan malam di Bakso Malang Langgeng. Kat sini ada bakso, ayam penyet, dan macam-macam menu lagi. Bukan dia jual bakso je taw! Haha!

Ok dah stop dulu sampai sini. Nantikan update untuk Day 3 ye. ;)

Berminat nak jalan-jalan ke Bandung dengan pakej mampu bayar dan berbaloi?
WhatsApp 0102665956


Truly,
8scape Travel Services
"We Plan, You Pack"


You May Also Like

0 Comments

Jika ada soalan atau sebarang kekeliruan berkaitan artikel mahupun pakej, sudi-sudilah tinggalkan komen di bawah ye! Terima kasih! ;)